Penubuhan Maktab Koperasi Malaysia (MKM) Cawangan Timur seiring dengan fokus MKM iaitu “Menerajui Kecemerlangan Dalam Latihan Dan Pendidikan Koperasi”
dan memastikan pembangunan modal insan dalam gerakan koperasi menerusi
latihan, pendidikan dan perkhidmatan dapat dimanafaat oleh gerakan
koperasi sama ada di pendalaman atau di bandar bagi negeri Pahang,
Terengganu, Kelantan dan sebahagian Negeri Sembilan yang bersempadanan dengan Pahang.
MKM
Cawangan Timur dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri
bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan pada 12 Julai 2009 .
Pejabat MKM Cawangan Timur mula beroperasi pada 09 Ogos 2009 di ruang
pejabat yang disewa di alamat No 13, Tingkat Atas, Jalan Kerayong 4,
28200, Bandar Bera, Pahang dan ditadbir oleh lima orang kakitangan
terdiri dari Pengarah Wilayah, Pegawai Latihan, Penolong Pegawai Tadbir
dan Pembantu Tadbir. Pejabat ini mempunyai hanya sebuah bilik
kuliah/makmal komputer. Oleh itu, bagi perancangan masa hadapan dalam
menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang menepati keperluan MKM,
koperator/pelanggan, MKM Cawangan Timur telah memohon untuk mendapatkan
tanah kerajaan seluas 30 ekar untuk projek pembinaan Kampus Cawangan
Timur di Mukim Triang (Belengu) dan lawatan tapak dilakukan pada 23
November 2009.
Walaupun MKM merupakan sebuah
organisasi baru di Cawangan Timur, MKM Cawangan Timur mulai dikenali dan
mendapat tempat di hati koperator setempat. Sehingga kini, MKM Cawangan
Timur berjaya mengadakan pelbagai jenis kursus pendek, bengkel, bicara
tengah hari dan bicara eksekutif. Program-program berkenaan mendapat
sambutan yang menggalakkan di kalangan koperator. Justeru, MKM Cawangan
Timur terus giat merangka beberapa strategi bagi menggalakkan anggota
koperasi menghadiri kursus di MKM Cawangan Timur di mana koperator yang
menghadiri kursus di MKM Cawangan Timur juga akan berpeluang mengadakan
lawatan sambil belajar (pemadanan perniagaan) ke atas industri kecil
yang dimiliki oleh koperasi / anggota koperasi / usahawan setempat dan
menikmati keindahan Tasik Bera yang kaya dengan dengan biodiversity dan
merupakan takungan air tawar terbesar di Malaysia.
No comments:
Post a Comment